Pengalaman Makan di Restoran Makanan Segera

Bila cerita pasal restoran makanan segera, ia terdiri daripada KFC, McDonald, A&W, dan sebagainya.
Banyak dah kan sekarang ni… macam-macam..

Hari ini saya nak kisahkan cerita saya pengalaman makan di Restoran Makanan Segera.  Saya ni walaupun dibesarkan di kawasan bandar dan anak seorang pekerja kerajaan.  Tapi, tak pernah makan pun kat restoran-restoran makanan segera.  Salah satu sebabnya arwah abah tidak makan ayam jadi kami adik-beradik tidaklah berkeinginan untuk makan di tempat-tempat macam tu.  Selalunya makan di rumah.

Saya dan adik-beradik telah di latih daripada kecil untuk tidak meminta makanan di tempat-tempat sebegitu sebab berjimat.  Ingat lagi Arwah Abah kata 

"air minuman milo kat situ mahal. Kalau beli, hanya kau seorang sahaja yang boleh minum. Kesian kat adik-adik...diaorang pun teringin juga.  Kalau Mak buat di rumah, boleh semua dapat minum.  Sama sahaja rasanya ".  Begitulah sekali kata-kata pujukan seorang bapa.

Semenjak dari situ saya tidak pernah minta sehinggalah dewasa...Mungkin kerana sudah terbiasa dengan keadaan macam tu, saya kurang ada keinginan untuk makan makanan di restoran makanan segera.

Pertama kali, saya di ajak oleh kawan-kawan makan di McDonald semasa belajar di kolej.  Selepas kelas biasalah kita akan lepak-lepak dengan kawan kan.  Satu hari tu, kawan saya ajak..

Apa lagi, bila masuk terkebil-kebil nak order.  Depan kaunter pulak tu.. 

"Hei, orderlah!" jerit kawan saya.  Namanya Imi Aira.

"Aku tak tahu order.  Kau lah yang order kan.  Aku ikut sahaja." jawab saya.

Begitulah saya setiap kali kawan ajak ke restoran makanan segera.  Saya tidak order sendirian.

"Kau ni...namanya orang bandar.  Aku ni dari kampung pun tahu nak order..."

Saya sudah teramat biasa dengan kata-kata daripada kawan-kawan.  Dan, saya sedikit pun tidak berkecil hati.  Lagipun sekiranya bersendirian, saya tidak akan pergi makan ke tempat-tempat begitu.  Saya akan sanggup pilih nasi bungkus yang jual bawah pokok.  Lebih murah dan kenyang.  Begitulah…. terasa sangat duit akan habis bila makan di tempat-tempat macam tu.  Lagipun, saya selalu fikir...Abah bukan selalu dapat bagi duit belanja...

Dan, selalunya kalau kawan-kawan ajak makan di Restoran Makanan Segera.  Saya akan cuba mengelak dan minta pilihan lain.  Selalunya kawan-kawan ni ok jer kan...

Kalau tadi, cerita zaman belajar… zaman bekerja juga pun sama… tetap mengalami situsi yang sama.  Bezanya saya boleh control kemachongan laaa untuk order makanan ...hahahhah

Asal nama restoran seperti KFC ke, McDonald ke.. akan saya elakkan..

Semasa saya zaman bekerja dan masih bujang lagi masa itu.  Tempat kerja dekat dengan rumah.  Saya sendiri tinggal dengan ibubapa.  Memanglah kan...sah sah lahh jarang sangat makan di luar.  Kalau saya terigin nak makan apa-apa.  Saya order dan bawa balik makan bersama adik-adik.  Saya memang tidak biasa makan seorang diri di meja makan di mana-mana restoran… macam mereng je rasa... itu perasaan saya sahaja.  Saya tengok orang lain ok jer..

Ada satu cerita pengalaman saya yang rasa... saya tergelak sendirian.

Masa itu, pertama kali saya keluar dengan bakal suami (sekarang suami saya lah)…  Dia bawa saya ke Coffee Bean Restaurant.  Itulah pertama kali saya jejak restoran macam tu..

Aduhaiii… saya dah terkial-kial tengok nama-nama kek semua di kaunter...Memang lah sedap tapi adoiii… mahalnya harga dia.

Saya pun minta si dia pergi ke restoran lain.  Masa itu, saya ternampak McDonald.  Dalam hati saya cakap..ok lahhh… McDonald McDonald pun McDonald lah.  Lagipun saya sudah ada pengalaman order dan masuk ke McDonald.

Tiba-tiba tak reti nak order apa...

"Eh, kenapa lain sangat? tak sama ke setiap McDonald punya menu... " saya bercakap dalam hati.

Akhirnya, saya minta si dia tolong order sama macam menu si dia.  Sebenarnya saya tak berapa suka makan burger McDonald.  Tapi sebab orang dah belanja...kira on je lahh…

Selepas berkahwin, barulah suami saya tahu… saya ni memang tak berapa pandai nak order makanan di restoran.  Bukan sahaja restoran makanan segera…. semua restoran lahh… Dan, selalunya suami yang order, saya makan sahaja apa yang di pesan dan terhidang di atas meja.

Sekiranya saya keluar dengan kawan-kawan di sini..lagilah dengan mat saleh kan,  Saya order biskut dengan coffee sahaja.  Lagipun banyak menu kita tak boleh makan.  Senang kannn….hihihi

Bila sudah ada anak-anak dan anak-anak dah pandai order... saya hanya temankan dan anak-anak orderkan untuk Mama dia....

Begitulah kisah serta catatan pengalaman Mama Lana dan Umar untuk hari ini...

Jadi, bagi saya senang.  Jadilah diri sendiri, kita tidak perlu untuk jadi seperti orang lain.  



Grilled Halibut
Halibut Menu.  Ini pun saya order dengan anak-anak...


  



0 ulasan