Sakit Gigi weiii

Bila dah masuk usia remaja trang tang tang tang nih.. macam-macam yang di ujiNya...

Petang semalam sambil memasak untuk berbuka puasa, saya dengar tentang ujian daripada Allah..

Allah ini bila Dia sayang, Dia uji kita,
Ujian Dia banyak dari segi kesihatan, kekayaan, kemiskinan macam-macam lagi

Jadi, tahun ini bulan yang penuh Ramadhan yang penuh barakah ini saya di uji dengan kesihatan sakit gigi.

Mungkin ramai pernah rasa pengalaman sakit gigi kan?  Bezanya, sakit gigi kali ini saya merasa di musim lockdown kerana Covid19.

Sebenarnya, sehari sebelum puasa saya sudah buat temujanji dengan klinik gigi di Kitimat.  Di sini memang ada satu sahaja klinik gigi.  Itupun berbayar… saya bersyukur sebab saya bayar guna kad insurans saya.  Di sini, memang kena beli insurans untuk pergigian… kalau tak mahal weii nak bayar pergigian.  Pening kepala tau sebab hospital kerajaan di Kitimat tiada perkhidmatan pergigian.  Nak pergi hospital kerajaan yang ada perkhidmatan pergigian kena ke Terrace, 70 km dari Kitimat.  Jauhhhh...

Bagaimana sakit ini mula terjadi? Bila mana seperti biasa setiap malam, saya buat floss gigi.

Sekali... crack!  tampalan sementara untuk gigi geraham yang belakang sekali sebelah kanan di bahagian atas pecah dan tercabut.  Mula-mula, tak rasa sakit...saya bertahan sebab memang tiada klinik gigi yang di buka.  Kerajaan tidak benarkan untuk buka mana-mana klinik swasta ataupun klinik gigi.

Selepas masuk minggu kedua, gigi itu semakin menunjukkan gejala kesakitannya.

Nak cerita tentang sakit gigi nih.  Memang langsung tidak boleh bawa bincang.  Saya minta suami call doktor gigi yang biasa kami jumpa.  Biasalah, yang jawab mesin.  Tinggalkan pesanan anda! Haa..gitu..sampai seminggu tiada panggilan balasan.

Akhirnya, sebab sudah tidak tahan kesakitan gigi.  Makan ubat tahan sakit pun masih sakit lagi... Saya ajak suami ke Unit Kecemasan Hospital Kitimat.  Itu sahaja peluang sebab itu sahaja yang buka.

Sampai di Unit Kecemasan, hanya saya sahaja yang boleh masuk.  Arahan baru sejak wabak melanda.  Di sana, doktor beri suntikan tahan sakit, kemudian beri jenis ubat yang perlu diambil di Farmasi.  Dapatlah antibiotik dan ubat tahan sakit.  Di sini, memang susah nak dapat antibiotik kalau tidak ke hospital...

Alhamdullilah, lega .... tapi malam itu, sakit gigi datang lagi...adoilahhh....memang menangis, penat menangis menahan sakit. Tertidur...

Esok pagi, jam 10 pagi.. dapat panggilan daripada doktor gigi di Klinik Gigi Kitimat.  Alhamdullilah...rupanya dia dapat pesanan daripada saya tetapi saya tidak tinggalkan nombor telefon, Maka, dia tidak dapat hubungi saya semula...

Katanya, kalau ubat tak jalan juga...dia akan rekomen untuk ke Klinik Gigi di Terrace.  Sebab kes saya di kira kecemasan.

Masih lagi, sempat memuji saya kerana menjadi seorang ibu yang kuat dan dia ucapkan selamat hari ibu pada saya.  Meleleh betul dengan minah saleh nih.  Memang diaorang hebat betul bab-bab berkata nih. Cair kita dibuatnya… Itulah Canadian.

Selepas masuk hari kedua, sakit yang berulang-ulang. Sampai saya terpaksa batalkan puasa.  Saya minta suami hubungi Dr Feldoff (doktor gigi yang hubungi saya) untuk buat temujanji ke Klinik Gigi di Terrace.

Hari Khamis jam 2.45 petang, temujanji di Klinik Gigi Terrace.

Seperti yang diketahui, suami tidak boleh tunggu di dalam klinik. Hanya saya sahaja yang boleh masuk.  Saya diminta basuh tangan dengan pencuci yang disediakan, kumur-kumur dengan Listerine dan diambil suhu badan.  Alhamdullilah...

Sebelum operasi gigi, doktor gigi mat saleh nih.  Sempat lagi, dia tanya saya
"betul ke nak cabut? Nanti awak akan rindukan gigi itu.  Saya bagi awak masa untuk berfikir.  Kalau suka kita boleh rawatan lain iaitu rawatan akar."  berulang kali dia ucapkan ayat yang sama..

Tapi, saya geleng kepala...

"I think, I don't want it anymore"

"Are you sure? you'll miss it"

"Hihihi"  saya kata, dah tiga tahun saya dok tampal gigi ni. Pastu tercabut tampalan, pastu tampal balik. Sebab lubang dia besar..

Tak apalah... saya redha.  Sakit pun tak larat dah...

Alhamdullilah...tak sampai 1 jam operasi mencabut gigi berjaya...
Doktor kata 5 hari baru betul-betul gusi itu sihat....

Satu lagi gigi telah tiada dalam barisan gigi daku...

Begitulah… catatan pengalaman saya...

Korang pula macamana?

Salam Ramadhan Mubarak

punyalah cantik hospital ni, saya diberi katil untuk berehat sementara tunggu doktor datang




0 ulasan