Selamat Hari Pekerja

1 Mei 2020 pada hari Jumaat.

Cantik tarikh ni kan....

Selamat Hari Pekerja buat rakyat Malaysia.

Semua rakyat Malaysia adalah pekerja betul kan.  Kita ada tanggungjawab satu sama lain.  Sering berkait antara satu sama lain.  Dan, pada tahun ini...pada musim ini musim COVID19.  Saya mendengar istilah 'Pekerja Barisan Hadapan' atau frontliners.

Daripada grab food, runner, pekerja pencuci, kerja di kaunter bank sehinggalah ke bahagian perubatan di hospital.  Mereka ini sangat popular pada musim ini.  Saya melihat, membaca dan mendengar hampir setiap hari cerita yang enak-enak didengari dari sini.

Sesungguhnya, saya berbangga menjadi rakyat Malaysia.  Malaysia sangat komited dalam urusan menguruskan masalah pandemik ini.  Saya boleh berikan 5 bintang kepada barisan pemerintahan Malaysia.

Walaupun ada segelintar rakyat Malaysia yang degil tetapi dek kerana yang ramai lebih mendengar kata, jadi yang tak ramai tu tak berapa nampak.  Biasalah,  tidak ada yang sempurna di dunia ini.  Saya melihat Jabatan Netizen Malaysia juga sangat membantu dalam urusan menaikkan semangat warga Malaysia supaya #stayhome . Syabas!  Buat perkara yang betul ye...jangan membawang ke arah lautan dosa.

Dan, hari ini juga. Malaysia sudah mula membenarkan sedikit demi sedikit undang-undang kelonggaran PKP.

Saya berharap semoga Malaysia lebih matang selepas ini kerana kita pernah ada pengalaman yang cukup luar biasa dalam menangani isu global.

Semoga Malaysia terus maju di masa akan datang.  Sentiasa menghormati satu sama lain.

Pengalaman ini sangat berharga.
Pengalaman ini mengajar tentang kematangan.
Pengalaman ini sesungguhnya mengajar kita semua tentang kasih sayang.
InsyaAllah....

Catatan Harian Perantau di Bumi Kanada

Jam 8.30 malam, sambil tunggu nasi masak untuk berbuka puasa.  Kita posing atas tangga 😃😃




0 ulasan