Tiada Rezeki

Kalau sudah namanya bukan rezeki, pusinglah kot mana pun...pasti sukar laluannya.

Sebulan yang lalu, Carol jiran saya ada beritahu kawan baiknya akan pindah tidak jauh dari rumah kami.  Bermakna kami akan berjiran selang beberapa rumah.  Nama rakannya Sally.

Carol beritahu pada saya rakannya ingin menjual piano milik anaknya.  Hanya CAD 200 dollar..
Untuk sebuah piano second hand dengan harga jualan 200 dolar memang sangat murah.  Kalau yang baru harganya lingkungan 3 ribu lebih dolar.

Saya dan Lana telah cuba hubungi Sally untuk melihat keadaan kondisi piano tersebut di rumahnya.  Wah, memang saya suka.  Suka dengan bunyinya yang sangat mantap dan rekabentuknya yang sangat klasik.  Sally kata piano ini berumur 40 tahun lebih.  Bayangkan lah antiknya tetapi Sally boleh jaga dengan baik sekali.   Katanya sudah lama dia iklankan tentang piano tersebut dan ramai suka.

Masalahnya nak angkut ke rumah masing-masing adalah masalah yang paling besar.  Bila saya lihat keadaan piano dan berat… saya juga kata masalah kami juga sama "bagaimana nak angkut?".  Sebab rumah kami ada banyak tangga.  Kalau nak angkat sorang-sorang pasti tidak mampu.  Di tambah pula berat piano itu hampir 200 kg.  Saya juga risau, kalau saya tolak pasti patah tiang piano itu sendiri.

Saya google untuk mencari orang upah angkat piano.  Ma aiii… 600 dolar.  Mahal beno… Tak apa lah…

Kemudian, saya pulang ke rumah...bila saya bincang dengan suami.  Begitulah.. jawapan yang sama diberikan.  Tak mampu nak angkat...ye lahh kann...pinggang tu bukan batang kayu. hihihi..

Selepas mendiamkan diri selama dua minggu.  Petang semalam saya dapat pesanan ringkas daripada Sally tentang piano itu.  Sally mengatakan dia akan pindah dan kalau nak dia akan minta anak lelaki dan anak buahnya untuk angkat.  Tetapi hanya sanggup letak sampai garaj sahaja...

Suami yang pada masa itu sedang sibuk bekerja (#workfromhome) tidak dapat beri sebarang keputusan.  Saya sendiri pun tidak mahu mengganggu waktu kerja suami saya walaupun bekerja dari rumah.

Bila sudah selesai suami di telefon, saya mengajak suami ke rumah Sally untuk melihat kondisi piano itu.  Suami kata berat juga ye... tapi dia pun kata sangat cantik...

Kami berjalan pulang ke rumah sambal mencari troli di amazon.ca yang boleh mengangkat piano dari rumah Sally ke rumah kami.  Masalahnya tetap ada kita tak dapat angkat piano itu ke bilik Lana.

Macam tiada rezekilah untuk Lana kali ini...

Malam tadi, saya dapat sekali lagi pesanan ringkas daripada Sally.  Katanya ada pelanggan lain yang ingin membeli piano tersebut.  Sedih juga... sebenarnya...

Dengan berat hati, saya memberi kata putus untuk melepaskan piano itu.

Lagipun, terasa sangat sukar laluan untuk mendapatkannya walaupun harganya tersangat berpatutan tetapi itulah…

Saya yakin memang tiada rezeki untuk kami kali ini.

InsyaAllah...pasti ada yang Tuhan nak beri selepas ini...

Catatan Harian pada 13 Ramadhan 1441

koleksi gambar sitikb
Inilah piano yang di maksudkan tuh...cantik kann


0 ulasan