Hello June !

koleksi sitikb



Sudah masuk Jun... 2020

Syukur Alhamdullilah...

bertambah lagi usia setiap Makhluk di muka bumi Allah ini...

Pada saya...syukur alhamdullilah dengan nikmat yang Allah...

Saya cuba mengajar hati setiap hari supaya sentiasa muhasabah diri, saya tidak ingin menjadi terbaik di mata manusia.  Hanya ingin menjadi terbaik di mata Allah Taala...biar Tuhan menjadi hakim kepada seluruh kehidupan saya...

Pengalaman hidup di masa lepas, saya ingin jadikan ia sebagai sempadan, pengajaran dan pengalaman dalam diari hidup saya...

Pada saat ini, sudah banyak yang Allah beri nikmat pada saya.  Terima kasih padaMu ya Allah...
Ujian yang diberi kan pada saya, saya boleh katakan sebagai memberi martabat pada saya.

Kadang-kadang bukan senang untuk mengajar diri ini tentang Redha Allah sebab manusia sering lupa...

Saya juga berterima kasih kepada rakan-rakan dan follower kerana sering mendoakan kesejahteraan saya dan keluarga di sini.  Hidup ini memang sering sentiasa mendoakan antara satu sama lain...

Ramai orang tidak mampu sedekah wang tetapi semua orang mampu sedekahkan doa.  Doa yang sangat luar biasa dan doa sebenarnya sangat mahal....

Percayalah...

Maka, hari ini… saya ingin doakan kepada semua pembaca sebuah doa iaitu...saya mendoakan semoga Allah kurniakan kebahagiaan dan kenikmatan kesihatan kepada anda semua…..

Love you!! 😍

Catatan Harian Penulis di Kanada 🇨🇦🇨🇦



  

0 ulasan