Nikmat Sakit Tumit

Sudah beberapa bulan saya mengalami sakit tumit...

Nak kata, saya ini seorang atlet memang tak lah...tapi suami saya kata saya tidak tahu duduk diam.  Macam-macam yang dia buat kata suami saya..

Saya suka buat macam-macam menjahit, menulis, memasak, berkebun.  Belum cerita lagi urusan rumahtangga dan anak-anak.  Kalau dulu, saya ada pembantu rumah tapi sejak tinggal di Kanada, semuanya saya uruskan bersama dengan suami dan anak-anak.  Bukan maksudnya, saya kepenatan dan hati saya tidak gembira. Tetapi, mungkin saya gunakan kudrat agak berlebihan seperti orang usia 20-an...

Cerita balik pasal sakit tumit. 

Masa mula-mula rasa, saya biarkan sahaja.  Kemudian makin lama makin sakit.  Sejak tinggal di sini, sememangnya saya sentiasa pakai selipar di dalam rumah kerana lantai yang sejuk.  Di tambah pula cuaca yang sentiasa sejuk di sini.

Beberapa hari kemudian, sebelum bulan puasa suami saya belikan selipar yang sesuai untuk orang sakit tumit.  Bila terima pos bungkusan yang dibeli secara online oleh suami, terasa diri ini sudah semakin meningkat usia.

Dalam diam, saya belajar lagi tentang muhasabah diri.  Walaupun suami dan anak lelaki saya kata 

"Mama muda lagi lah, Mama kena positif", kata Umar.

Anak bujang saya ini memang pandai memuji saya.  Puji macam-macam...suka peluk saya.  Kalau tak peluk sehari tak sah bagi dia...
  
Satu perkara, saya wajib sentiasa ingat padaNya… Inilah namanya redha.  Saya sentiasa berusaha berdoa padaNya supaya saya menemui rawatan untuk sakit tumit.  Berusaha dengan berdoa pun tak cukup sebenarnya.  Jadi, anak perempuan saya suka google cara exercise untuk Mama dia.  Apa-apa pun dia akan google.  Nah, memang dapatlah!  Selalunya Lana akan tanya setiap hari tentang exercise yang dia syorkan.  Hari-hari tanya… kadang-kadang dia tengok saya exercise menggunakan channel youtube.com .  Banyak faedah sebenarnya youtube.com ni..

Jadi semalam, saya dapat idea selepas baca dan mentelaah beberapa artikel daripada internet.

Dan, pada hari ini saya rasa banyak perubahan dan berkurangnya kesakitan pada tumit saya.  Latihan ini boleh dilakukan 2 - 4 kali sehari.

Ada 3 Teknik untuk masalah sakit tumit (plantar fasciitis)

  1.  Tolak dinding (Wall stretch) -  Pandang ke arah dinding, langkah satu kaki dalam 12 inci ke depan bersama kaki di bahagian depan diluruskan.  Kemudian, tolak ke hadapan sehingga rasa regangan pada belakang kaki.  Jika terasa sakit, alihkan kaki lebih rapat ke dinding.  Diamkan selama 20 - 30 saat.  Kemudian, lakukan sebelah kaki pula. 
  2.  Towel stretch - Duduk di atas lantai, Tarik tuala ke belakang. Buat pusingan pada kaki semasa kaki di tarik dengan tuala.  Lakukan selama 20- 30 saat. 
  3.  Stair Stretch - Lakukan seperti dalam gambar di bawah. Perlahan-lahan turunkan tumit sehingga anda merasa regangan pada belakang kaki.  Lakukan selama 20 - 30 saat. 
Tips :-

1.  Elakkan flip tumit seperti tarian ballet.
2.  Elakkan berjalan kaki tanpa mengalaskan tapak kaki.
3.  Gunakan ais.  Pusing-pusingkan ais dalam botol pada tumit selama 10 - 20 minit.

Selain daripada itu, saya juga ada membeli kelengkapan di farmasi berdekatan untuk masalah tumit saya.  Boleh lihat pada gambar yang saya lampirkan.

Buat pusing-pusing pada tapak kaki kaki sampai ke tumit.  Gunakan botol yang berais.



Boleh cari di farmasi berdekatan anda



Saya berharap info saya serba-sedikit dapat membantu masalah sakit tumit.  

Jika masih berlarutan sila dapatkan nasihat doktor dan pergi ke klinik mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Selamat mencuba!

Catatan Pengalaman pesakit tumit kaki. 😉




0 ulasan