Bangku Ini Milik Saya!

Hari ini saya ingin bercerita tentang seorang tua yang saya kenali semasa di Kelowna, British Columbia.

Pada dua minggu lepas, kami sekeluarga telah pergi bercuti selama 10 hari.  Antara tempat yang pergi ialah Jasper, Banff dan Kelowna.  Boleh baca cerita kisah kembara kami di blog sebelah ye 👉 travelogsitikb.

Pada petang di Kelowna, kami sekeluarga telah pergi berjalan-jalan di sebuah pantai yang dikenali sebagai Gyro Beach.  Cantik tempat ini dan orang ramai dating Bersama keluarga dan kenalan.  Suhu pun cantik petang itu.  Terasa macam berada di Pantai Port Dickson, Malaysia.

Selepas berjalan-jalan menikmati pemandangan dan udara pantai yang nyaman serta menyegarkan.  Saya mencari bangku yang terletak di hujung pantai.  Nak duduk jauh daripada kelompok orang ramai.  Sebenarnya mata saya tidak larat melihat pengunjung separuh bogel.  Tak apa lah, sudah budaya mereka begitu.

Anak-anak pula mengajak Papa mereka bermain frisbee di belakang kawasan bangku yang saya duduk.  Ada kawasan lapang di situ, memang sesuai bermain frisbee.

Saya duduk sambal memerhati gelagat orang ramai yang lalu-lalang.  Ada yang berbasikal, ada berjogging, ada yang membaca sambal minum kopi.  Semuanya kelihatan sangat tenang menikmati keindahan ciptaan Allah.

Sambil itu, mata saya melirik kepada dua orang tua yang sedang berpimpin tangan.  Dari jauh saya melihat mereka mencari bangku yang kosong.  Bila dia duduk, tidak lama kemudian dia bangun. Berjalan lagi ke arah saya.

Sampailah kepada bangku yang saya duduk.  Saya hanya tersenyum kepada mereka.  Senyuman di balas.  Saya memberi ruang sekiranya mereka ingin duduk.  Pelawaan saya di tolak.

'ok, fine'

Mereka meneruskan perjalanan.  Saya meneruskan memerhati gelagat orang ramai.  Bahagia!  😁

Kemudian, saya terasa bahu saya di cuit daripada belakang.

'Eh, orang tua tadi rupanya'

Salah seorang yang saya fikir lebih tua bertanya pada saya.

"Do you know who is the owner of this bench?", orang tua itu bertanya pada saya.

Belum sempat saya menjawab, dia jawab soalan yang ditanyanya sendiri.

Katanya, bangku ini dibuat sebagai memperingati suaminya yang telah meninggal dunia.  Rakan yang memimpin tangannya berkata orang tua ini akan datang setiap petang dan duduk dibangku ini sambil melihat suasana petang setiap hari.

Saya mempelawa ruang untuk dia duduk sebelah saya.  Lagipun anak-anak saya tidak akan duduk di bangku ini kerana leka bermain frisbee.

"You're so kind", sempat lagi dia memuji saya.  Allahuakbar…. memang sikap orang Kanada begitulah, kata-kata pujian sentiasa bermain dimulut mereka.

Sayu pula saya mendengar ceritanya.  Mesti dia sangat merindui suaminya.  Walaupun saya kurang jelas butiran kata-katanya tetapi saya cuba menjawab apa yang saya boleh dengar dengan jelas.  Saya fikir orang tua ini sudah berusia lebih 70 tahun tetapi masih kuat berjalan kaki.

Lebih banyak soalan dia daripada saya. Malu pun ada, sepatutnya kita yang muda bertanya.  Aduhai..

Lebih kurang 5 minit kami bersembang.  Saya meminta diri untuk beredar.

"don't go away, please. There is so many rooms here if your kids coming",

"Oh, thank you Ma'am.  I have to go. My friends call me. They're call me... over there", sambil menunjukkan ke arah kawasan rakan saya di hujung pantai.

Sebelum saya meninggalkan bangku tersebut. Sempat lagi dia memberitahu..

"Nice to meet you. Please come again".

Alahai, baiknya bila bangsa ini bermain dengan kata-kata.  Kata-kata pujian dan selamat tinggal sentiasa dimulut mereka.

Itulah kelemahan saya yang wajib diperbaiki.

kelowna
Menikmati udara tepi Tasik Okanagen





0 ulasan