Beli Barang Dan Boleh Pulangkan Semula

Hampir dua tahun di Kanada

Menjalani kehidupan di negara orang tidak sama seperti pergi mengembara.  Banyak sudut yang perlu difikirkan.  Hanya mereka yang mengalami sahaja yang akan faham.

Sudah tentu akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri.  

Untuk saya, saya mengambil masa hampir setahun. Kenapa?  Sebab negara ini negara 4 musim.  Maka, 4 musim untuk sesuaikan dengan diri saya.  Lama kan? 

Ada yang tahu bahawa saya pernah tinggal di Korea Selatan.  Maknanya, lebih kurang la kan..iye, lebih kurang tapi tetap tidak sama.  Banyak perbezaan...

Hari ini, saya ceritakan tentang pembelian barang.  

Koleksi sitikb


Pada bulan lepas saya ada memesan dan membeli sebuah alat kamera jenis go-pro.  Dan, selang beberapa hari, saya beli pula sebuah kamera insta360.  Gara-gara tengok review youtube channel.  Sudah terminat jadinya...mmm tapi sebab budget hanya untuk satu.  Saya kena tolak salah satu daripadanya.

Habis bincang dengan suami katanya pulangkan semula kamera go-pro.  Walaupun sayangnyaaa...  😑

Ok, kalau hendak tahu di sini boleh pulangkan semula barang yang kita beli dengan syarat tidak buka tanda harga dan plastik bungkusan.  Memang, saya sudah pegang dan belek-belek tetapi tidak buka tanda harga.  Maka, pembeli di beri masa 2 minggu untuk pulangkan kepada penjual.  Dan, selepas 1 minggu sekiranya tiada ralat pada barang yang kita pos semula, duit akan dimasukkan semula dalam kad bank kepunyaan kita ataupun kad kredit.  

Mudahkan 😃... ia mengikut terma dan syarat-syarat tertentu.

Kalau nak tahu, sudah banyak kali saya buat di sini.  

Ia bukan sahaja barang yang dibeli dalam talian tetapi barang yang kita beli di mana-mana premis.

Pernah sekali, saya mendengar cerita kawan saya yang membeli periuk di Canadian Tire, kemudian beliau ke Walmart.  Sampai di Walmart, ternampak periuk yang sama dengan harga yang jauh lebih murah, kebetulan Walmart ada buat Sale.  Jadi, dia pulangkan semula periuk tadi ke Canadian Tire.  Begitulah ceritanya.. 😊 

Dan, setakat ini tiada masalah dalam urusan untuk memulangkan semula.

Dan, saya fikir sistem ini digunakan hampir ke semua negara di benua Eropah, Amerika, Canada dan mungkin juga Australia.  Saya yakin satu hari nanti negara saya juga lebih effisien dalam urusan jual beli seperti ini.

Syukur syukur Alhamdullilah..

Catatan Pengalaman di Pagi Jumaat 😊

Nak beritahu, best guna insta360 nih...😍


0 ulasan