Coretan di Jendela

Semasa entri ditulis, hujan masih lagi membasahi bumi...hari ini, hujan yang agak lebat berbanding hari sebelum ini.

Sejak saya pulang daripada mengembara, Kitimat tidak pernah berhenti daripada hujan.  Kalau ada berhenti, awan tetap mendung.  Kemudian, hujan datang lagi...

Bila mendung suhu jatuh sehingga 11 degree walaupun jam didinding menunjukkan jarum 1 tengahari.  Bermakna sudah hampir 2 minggu,  Kitimat dilanda hujan.

Lain benar, rasanya cuaca pada tahun ini.  Seperti menangisi, meratapi dengan masalah dunia.  

Kadangkala, saya terfikir selagi namanya manusia yang memerintah Bumi selagi itulah tiada yang sempurna.  Masing-masing cuba mencari kesempurnaan tetapi berakhir dengan bermasam-muka,ada iri hati dan dengki.  Masing-masing mengejar kuasa mutlak. 'Akulah yang paling hebat berkuasa di Bumi ini'..begitulah saya mengandaikan.  Dengan apa yang saya lihat pergolakan dunia masa kini.

Masalah Covid19 tidak habis lagi, masalah 'racism' pula yang semakin menjadi-jadi. Di mana-mana ada masalah yang lebih kurang sama puncanya.  Tiada tolak-ansur, tiada ladi kasih-sayang antara manusia.

Manusia hidup tanpa Tuhan. Tanpa kepercayaan kepada Tuhan yang Satu.

Bila lihat pokok-pokok di luar tingkap, mereka tidak akan boleh hidup tanpa pertolongan air.  Bila pokok dapat air yang secukupnya, ia berkembang dengan cantik. Dan, sangat segar kehijauan.  Berbunga dengan penuh keriangan.

Di tingkap ini, saya boleh lihat burung-burung liar mengharapkan makanan yang diberikan oleh manusia.  

Saya meletakkan makanan untuk hidangan mereka bersama.  Berebut-rebut untuk mendapatkan makanan.  Macam perut masing-masing itu besar sangat.  Binatang yang tiada akal tetapi ada fikiran tentang makanan.  Semalam seekor tupai datang berkongsi hidangan dengan burung.  Bukan main marah lagi si burung.  Bila tupai lari, makanan itu terbiar begitu sahaja sebab tidak sesuai untuk perut burung.  Namanya tabii binatang...

Jadi, kehidupan manusia tidak akan sama dengan mereka.  Kita ada akal untuk berfikir yang mana baik dan mana yang buruk.  

Seperti kata pepatah, 'baik berpada-pada, buat buruk jangan sekali-kali'.  

Betul tak?

Catatan di Tepi Jendela

Koleksi sitikb
Koleksi Hydrangea yang di tanam tahun lepas.

0 ulasan