Hiking Day...

Hari ini pergi menaiki sebuah bukit bersama anak-anak...

Saya sebenarnya tidak biasa pergi hiking.  Jalan-jalan kaki tu biasalah...  Kalau nak beri alasan banyak kan?  Cuaca di Kitimat boleh dikatakan selalu hujan dan udara sejuk.  Maksud sejuk itu macamana? Sejuk di sini antara 15 degrees ke bawah.  Hampir sepanjang tahun Kitimat mengalami suhu sejuk sepanjang tahun.

Ok, nak cerita pada tarikh ini... Lana (anak sulung saya) telah buat program kami sekeluarga pergi hiking.  Dengar dia punya tempat ini pun saya sudah tahu, pastilah tinggi kena panjat.  Wajib bersedia la Mama dia kan.  Kali ini, kami ingin lihat canyon.  Namanya Hirsch Creek Canyon.

Sebelum kami pergi hiking, pagi itu suami saya memasak crepe untuk sarapan buat kami sekeluarga...Dan saya fikir saya masih kenyang lagi bila keluar hiking tu...anak-anak pun sama.

Kesilapan besar saya, saya tidak bawa bekalan makanan yang mencukupi serta air yang cukup.

Memang pada mulanya, saya tidak rasa apa-apa peringkat awal pendakian tetapi rasa teramat letih bila sampai di puncak.  Saya bersyukur sebab dapat sokongan padu daripada anak-anak.  Anak-anak punya support memang power!  Nak juga Mama dia sampai ke atas.

Perjalanan untuk sampai ke atas lebih kurang 1 jam tetapi kami banyak berhenti.  Lagipun saya sendiri ada masalah sakit tumit dan lutut.  Namun, semangat kuat nak ikut sebab anak-anak tidak akan pergi hiking kalau saya tidak ikut.  Kesian pula kan so saya pakai gut pada tapak kaki dan lutut atas nasihat doktor.

Malang berlaku, bila nak dekat sampai di kaki bukit.  Saya tergelincir ke dalam lumpur tapi sedikit sahaja.  Lepas saya tergelincir, suami pula tergelincir di belakang saya.  Mahu tak rasa terkejut.  Masa itu, Lana dan Umar sudah sampai di hujung jalan.  Hanya menunggu Mama mereka yang sedang menuruni bukit.

Jadi, nak dijadikan cerita.  Air yang dibawa tidak mencukupi...memang termengah-mengah lah nak menghabiskan pendakian kan.  Walaupun, kami dapat menghabiskan acara hari ini tapi saya rasa cukup letih.  Rupanya saya dan suami terasa sangat keletihannya sehingga masuk hari ketiga baru hilang rasa kelesuan.  Kesian betul dengan Mama dan Papa Lana Umar. 😆

Jadi begitulah cerita tentang hiking day kami pada minggu ini...

koleksi sitikb
anak sungai yang sangat jernih




hirsch creeak canyon trail

Muka keletihan

Koleksi sitikb
Hirsch Creek Canyon

koleksi sitikb
boleh lihat dari jauh, bandar Kitimat

Koleksi sitikb
Mula cabaran menuruni bukit

koleksi sitikb

koleksi sitikb
Cantik betul pemandangan hutan, macam dalam cerita Harry Porter

koleksi sitikb




0 ulasan