Jiran Yang Baik

Sepanjang hidup saya, saya bersyukur kerana saya dikelilingi oleh jiran-jiran yang sangat baik dan membantu.  Dan, saya yakin mempunyai jiran yang baik adalah satu rezeki yang besar.  Sebab jiran dikira sebagai saudara yang terdekat dalam komuniti kehidupan sebenar kita.

Tetapi, kalau hendak cerita tentang jiran yang tidak baik sebenarnya memang tiada masalah.  Boleh sahaja hendak cerita tapi saya suka cerita yang baik-baik.  Semoga saya juga menjadi jiran yang baik pada jiran saya.  Betul tak?  Lagipun, saya sendiri seorang yang malas hendak fikir sekiranya ada jiran yang tidak suka dengan kita.  Yang penting di pihak saya sendiri biarlah saya berbaik dengan semua orang.  

Ada juga jiran yang tidak mahu berbaik sangat dengan kita contohnya tidak pernah tegur kita ataupun tidak pernah jemput ke rumahnya.  Tapi, sekiranya dia sering angkat tangan to say hi pada kita... itupun sudah di kira baik lah.  Bersangka baik lebih baik daripada segalanya.  Kita pun bukannya baik sangat kan..hahaha



Ok, hari ini saya hendak cerita jiran tetangga saya di Kanada.  Sejak hampir dua tahun menjadi komuniti Kitimat.  Saya bersyukur kerana ada jiran yang baik-baik.  Dan, sebenarnya saya ni pun tidak berapa pandai nak berbaik sangat dengan jiran-jiran. Jenis orang yang suka duduk diam dalam rumah. Rumahku Syurgaku.. la katakan.

Namun, sejak berada di sini... saya belajar satu perkara dengan mat-mat dan minah-minah saleh ini tentang kepentingan berbaik dengan jiran tetangga.  Mereka sangat suka ingin tahu budaya kehidupan kita.  Maksudnya daripada segi makanan, perayaan, hobi kita dan banyak perkara.

Dan, saya amat perasan bila saya berkawan dengan Canadian...mereka lebih suka merapati kita dan cuba mencari kebaikan kita serta kelebihan kita.  Mungkin sebab saya tinggal di kawasan yang mempunyai komuniti kecil.  Ada betulnya..

Contoh pernah terjadi, semasa saya pergi sesi jamuan mak-mak (perempuan sahaja) kiranya kumpulan ibu-ibu lah.  Ada di kalangan kami yang menanyakan khabar kepada salah seorang jiran baru saya tentang apa yang dia buat di waktu masa lapang.  Katanya dia agak bosan.  Namun, jawapan yang diberikan oleh rakan saya sangat menakjubkan. Katanya..

"Just make me a call, i can accompany if you want... no worries.  And, one more thing. You'll like Kitimat after 18 months"

Berderai ketawa semua orang.  Saya mendengar ayat-ayat mereka yang penuh ayat sokongan.

Pernah jadi di satu pagi.  Jiran saya Carol memberitahu suami saya supaya meminta saya datang ke laman belakang rumahnya melihat hasil tanaman dari kebun kecilnya.

Punyalah dia suka bercerita...saya bertanya khabar tentang kesihatannya..

Jawapan yang sangat positif serta menyeronokkan.

Kemudian, saya mengajak Carol melihat pokok epal saya yang mana sudah mengeluarkan buah.  

"Kelly was so surprised when i told them about your apple tree, Siti.."

Bersembang dengan mereka penuh kata-kata pujian dan semangat.  

Begitulah...kesimpulannya berbaik-baik lah dengan jiran-jiran tetangga.  Ambil tahu atapun cakna orang tua kata..😁

koleksi sitikb
Dapat kentang fresh!!


  

0 ulasan