Rezeki Orang Yang Dianiaya

Bercerita tentang aniaya, mesti ramai yang mengaku pernah kena aniaya.  Maksudnya pernah kena tipu...

Betul kan?  Saya boleh katakan hampir kesemua orang akan berani berkata pernah kena tipu.

Tapi kan, saya yakin ramai yang tidak berani pernah menipu orang.  Sebenarnya hampir setiap hari kita menipu dengan Tuhan.  Hari-hari dan tanpa kita sedar kita tidak menghiraukan penipuan yang telah kita lakukan.  Contohnya kita berjanji untuk tidak melewatkan solat dan akan solat di awal waktu tetapi akhirnya kita menipu dengan solat hampir habis waktu.  Sebenarnya saya juga biasa buat begitu terutama waktu solat Subuh.  Allahuakbar, Ampunkanlah dosaku ya Allah...😔 

Dan, pada hari ini...kita dengan berbangga bercerita dengan semua orang yang kita pernah ditipu dengan seseorang sehingga terduduk katanya.  Namun, orang yang menipu itu hidup dengan senang-lenang.

Ini adalah sebuah contoh ye, tidak ada melibatkan mana-mana pihak tau! 

Sebenarnya, banyak lagi contoh tentang kita kena tipu dan kita menipu orang lain.  Sudah tentu kalau kita menipu orang kita tidak akan bercerita dengan seluruh dunia tentang perbuatan kita.

Hari ini, saya ingin kisahkan seorang kenalan saya.  Tidak perlu saya nyatakan namanya di sini.  Biar ia menjadi rahsia saya dan ia menjadi teladan kepada semua pembaca.

Kenalan saya ini memang saya kenal beliau seorang sangat pemurah.  Tidak boleh dengar, kawan-kawan yang susah ingin minta tolong. 

Jadi, pada satu hari.  Seorang kawan yang boleh dikira seorang yang rapat dengannya (saya berikan nama contoh iaitu OM) mengajak kenalan saya ini makan sarapan bersama dan OM yang belanja pada pagi itu.  Setelah perut kenyang, bermulalah episod sedih tentang itu dan ini.  Agak-agak, cair tak kalau orang menangis bersungguh-sungguh di hadapan kita..kebetulan pula di restoran Mamak.  Mesti cuak kan?  Kita mesti minta dia bertenang...dan bertanya 

"Bagaimana cara nak bantu?"

"Boleh aku pinjam duit sikit?  Nanti aku bayar semula bila dah dapat duit semula",

"Kau nak pinjam berapa?"

"RM 3 ribu..."

"OK..,  kau bagi nombor akaun.  Aku masukkan dalam akaun.  Dah-dah jangan sedih lagi..."

Masuk sebulan...dua bulan..tiga bulan.  Tiada khabar berita.  Buat tidak tahu rupanya ataupun sudah lupa ingatan.

.
.
.
.
.
Sebenarnya ini kisah lama beliau.  Sudah bertahun dan ada banyak lagi penipuan-penipuan lain yang dia terima..

Tetapi kenalan saya ini, menerima semua penipuan ini dengan hati terbuka.

Katanya..."Aku pun biasa menipu dengan Tuhan... Mungkin itulah sebabnya aku tidak boleh berkira dengan apa yang telah Allah bagi ujian pada aku.  Betul tak?"

Termenung saya sebenarnya mendengar cerita beliau...

Namun, saya tahu rezekinya sentiasa murah..

Katanya lagi 

"Allah berikan aku kesihatan...anak-anak yang baik dan sihat.  Kerja yang elok.  Itu semuanya rezeki.  Tidak pernah lagi aku kelaparan kerana penipuan orang-orang itu pada aku"...

Saya mendengar dengan penuh ketakjuban...

Allahuakbar...  Saya wajib belajar tentang redha...

Catatan Harian...seorang penulis blog.
Dari Bumi Maple..

Salam Senja kepada kawan-kawan yang dihormati sekali..

Koleksi Sitikb
SubhanaAllah...cantik betul pemandangan di sini kan.  Nama tempat ini Mount Robson....Nak tahu dimana? Google ye 😃

0 ulasan