Terasa di Perhati

Tarikh 1 Julai setiap tahun merupakan sambutan hari kebangsaan untuk negara Kanada dikenali sebagai Canada Day.  Ia di sambut setiap tahun oleh rakyat Kanada.  Sebab saya sudah menetap di sini, wajiblah meraikannya sebagai menghormati keraian orang terutama kawan-kawan di sini.

Jadi, petang semalam... saya telah pergi sebuah jamuan kecil-kecilan yang dikendalikan salah seorang jiran kami di hujung lorong rumah saya.  Pada mulanya rasa malas pun ada tapi bila fikir Ali Webster sudah menjadi penyiram pokok bunga saya sepanjang 10 hari ketiadaan saya di rumah.  Saya pujuk diri untuk menyertai jamuan tersebut.  Kalau tak pergi, tak tahu pula cerita sakit pening jiran tetangga kita.  Lagipun, saya sekeluarga memang di jemput. Jamuan diadakan di luar rumah antara rumah Ali Wesbter dan Aaron (tengah-tengah itu ada ruang) maka disitulah kami menyembang sambil makan-makan dan minum-minum.  Bab makan-makan tu saya tidak join sebab masih kenyang lagi dengan perut penuh dengan nasi lemak.

Sampai sana, masing-masing daripada jauh sudah say "hi" pada saya.

Ali tanya saya mana suami?  Sebenarnya suami saya masih lagi kepenatan badan kurang selesa sejak kepulangan kami daripada percutian 10 hari.  Memang penat otot-otot ini dibuatnya.  Ye lah, kau bayangkanlah memandu selama 10 hari sejauh 3500km.  Yang bab-bab kembara ni, saya kisahkan di blog sebelah ok ! boleh lihat pada link Travelista di atas.

Rupanya suami saya datang juga menjenguk diri... at least...

Mulanya Ali Webster bertanya tentang percutian kami.  Saya pun bercerita lah "memang awesome" la saya jawab.  Rupanya, dia dah buat plan untuk summer trip next week.  Suka sangat bila tengok gambar saya di Facebook.  Habis borak di situ... saya berjalan sambil cari kerusi kosong.

Bertembung mata dengan Marissa,  dia ini ada anak kecil namanya Henry.
"how's your vacatioan? I saw your pictures in the Facebook.  It's sooo beautiful", tanya Marissa panjang lebar.  Panjang 'sooo' dia..

Belum sempat, saya tanya khabar.  Dia dulu yang tanya itu dan ini.  Memang begitulah gaya mereka.  Saya pun ceritalah serba sedikit.

Baru sahaja ingin melabuhkan punggung.  Elena pula menyapa...

"How are you doing Siti? I saw so many beautiful pictures in your Facebook.  We're planning to go there by 15 July.  Please give your itineraries", tanya Elena.

'Aaa, sudah.' saya berkata dalam hati.

"Did you see my pictures at Morraine Lake? Actually, someone told me that the best picture if you wanna is around 7 to 8 in the morning.  I didn't edit it", cerita saya.

"Yeah, I knew it.  I read all your stories using see translation from Facebook. And I was so exciting",

Sekali lagi… saya jawab dalam hati 'aaa sudah'

Sembang, kami berhenti begitu sahaja sebab anaknya Sofia minta tolong ambilkan kek.

Akhirnya, saya dapat duduk kerusi tidak jauh daripada Melissa.

"How are you doing?", tanya saya kepada Melissa.  Melissa berasal dari Calgary, Kanada.

"Hi, Siti.  Yeah, i'm good.  How's your vacation? I saw your beautiful pictures in Morraine Lake.  And I showed your pictures to Dave and surprisingly.  It was sooo beautiful.  And I said to Dave she didn't edit anything to her photo", cerita Melissa.

"Yeah, thank you. You know what?  you have a beautiful country", saya memberikan kata-kata pujian sebab Melissa merupakan anak jati Kanada.

"Thank you", dia membalas dengan senyuman paling manis.

Sebenarnya ada banyak lagi cerita di jamuan itu.  Ada ramai lagi yang bertanya tentang kembara 10 hari kami.  Sesungguhnya niat saya yang memang tidak mahu menjamah makanan di jamuan itu,
hanya sekadar ingin bertanya khabar kawan-kawan menjadi kenyataan.  Seolah-olah Tuhan makbulkan niat saya.  Hampir keseluruhan bila bertembung mata akan bertanya tentang percutian kami.  SubhanaAllah.

Tapi, apa yang ingin saya katakan 'terasa diperhatikan'.  Tiba-tiba terglamour.  Hahahah...

Di mana?

Mereka perhatikan kita?  di media sosial..

Bagaimana cara mereka tahu tentang cerita saya? melalui 'see translation'.

Saya sendiri bukan berniat untuk diperhati tetapi media sosial berfungsi sebagai penyampai maklumat.  Kadang-kadang rakan-rakan yang mengenali kita inginkan maklumat yang sahih. Dan, sudah tentulah maklumat itu datangnya daripada rakan-rakan yang dikenali.

Kena ingat, apabila berada di media sosial seluruh dunia memerhatikan kita melalui kata-kata maka berhati-hatilah kawan.

Ok, sampai disinilah ye.

Catatan Harian,
Terasa pula tulisan blog hari ini macam Canadian celup. 😅

Bergambar di Mount Robson Provincial Park.  Antara tempat tercantik di utara BC.  Kebetulan hujan, maka tidak kelihatan Mount Robson.
















0 ulasan