3 Cara Merancang Aktiviti Bersama Anak-anak

Bila anak-anak sudah dalam peringkat remaja.  Ibu-bapa kena lebih kreatif dalam menarik perhatian kepada kita sebagai ibubapa.

Saya bercerita mengikut pengalaman sendiri.  Membesarkan anak-anak di bumi Mat Saleh ada banyak cabaran.  Kitalah guru, sahabat...kita jugalah kadang-kadang menjadi ustazah dan ustaz kepada mereka.  Kalau boleh saya dan suami ingin menjadi pakar rujuk mereka walaupun tidak berapa pakar.

Tiga cara saya merancang aktiviti bersama anak-anak :-

1)  Sebelum hendak keluar membuat sebarang aktiviti pada keesokan hari, selalunya saya akan bertanya mereka tentang aktiviti masing-masing.  Kadang- kadang anak saya ada buat temujanji dengan kawan-kawan secara online.


2)  Anak-anak ini sebenarnya mereka ada minatnya sendiri.  Walaupun saya kadang-kadang tidak berapa suka dengan minat mereka tetapi saya wajib menjadi pendengar.  Contohnya Umar, dia suka main game Fortnite.  Saya memberi peluang kepadanya untuk bermain.  Sebab itu caranya berjumpa kawan-kawannya.  Saya faham sebab sekarang musim Covid19.  Tetapi saya beri tempoh masa untuk bermain.  Dan, selalu bertanya dia main game itu dengan siapa.  Sekiranya, saya ingin ajak dia keluar saya sendiri buat temujanji masa dengannya.  Jadi, anak-anak akan melihat kita juga menghormati masanya.  Umar juga meminati untuk menjadi seorang youtuber.  Jadi, saya cuba dekati dan pelajari sama-sama dalam membina youtube Umar.  Bila kita berbincang dan bersembang dengan minat anak-anak, mereka akan lebih suka bercerita dengan kita.


3) Saya cuba dengan cara memujuk dan memuji dengan apa yang mereka buat.  Walaupun sedikit sahaja kerja yang mereka buat.  Kita beri pujian sebagai ganjaran.  Saya memang tiada ganjaran berupa duit.  Tetapi, saya berikan kata-kata pujian.  Kaedah yang saya fikir sangat bagus sebab anak-anak inginkan perhatian daripada saya dan suami.  Maka, dari situ tiada masalah untuk merancang keluar dengan mereka.  Alhamdullilah...

Begitulah, serba sedikit cara yang buat.  Insyaallah, memang kena ada sentiasa perubahan sebab mereka semakin membesar.  Cara juga berbeza...😊😊

Koleksi Sitikb

0 ulasan