Berkebun dengan Kakak Lana

Petang ini Kakak Lana mengajak saya pergi berkebun..

Selalunya waktu tengahari dan petang, saya menyediakan masa untuk anak-anak.  Jadi, bila mereka bersuara sememangnya saya sudah bersedia.

Untuk kali ini, saya bercadang mengalihkan dua pasu pokok yang semakin membesar.  Wajib alihkan sebab dah penuh sangat.  Pokok-pokok perlu dialihkan ke tempat yang lebih luas.  Aktiviti ini dilakukan untuk sistem pengudaraan akar pokok itu sendiri.

Lagipun lagi 2 bulan akan datang winter.  Jadi, untuk mereka kekal segar di atas tanah dan tumbuh dengan sihat pada tahun depan.  Wajib alihkan pada bulan Ogos ataupun awal September.  September dan Oktober sudah masuk musim luruh di sini.

Di sini, saya tunjukkan langkah demi langkah ok!

Langkah 1 :-

Korang mesti geram dengan pokok bunga tu kan? 😂


Saya minta Lana alihkan dan buang semua rumput atas tanah.  Buang segala akar rumput.  Buang rumput dah pastikan nampak tanah sahaja.

Langkah 2 :-

Lepas letak kertas hitam ini.  Boleh gunting kawasan yang telah di gali


Buat lubang untuk setiap pokok yang perlu dialihkan.  Pastikan ada jarak antara satu lubang dengan satu lubang.  Semua ini dilakukan untuk memberi laluan kepada pokok untuk berkembang.

Langkah 3 :-



Kemudian, letakkan kain kertas warna hitam.  Yang ini dibeli di kedai barang-barang hardware.  Saya fikir di Malaysia pun ada.  Ataupun, boleh juga gunakan plastik hitam.  Tujuan digunakan untuk melambatkan proses pertumbuhan rumput dikeliling kawasan pokok serta nampak lebih kemas.  Selepas itu, gunting pada kawasan lubang yang telah kita gali tadi.  Letak tanah hitam dalam lubang yang telah di gali tadi sebagai baja.

Langkah 4 :-




Alihkan pokok bunga anda ok!.. Cantik-cantik dan kemaskan. Akhir sekali, letakkan tanah hitam di atas kertas hitam ataupun plastik hitam tadi.

Taraaa !!

Kemas kan? Puji diri sendiri.  Jangan marahh..

Ok, itulah dia aktiviti berkebun kami anak-beranak...

0 ulasan