Aktiviti saya di Kanada

Ketika saya menaip entri ini jam menunjukkan pukul 10.05 pagi. Hari ini merupakan hari Khamis bersamaan 1 Muharram.  Tahun baru untuk semua umat manusia di muka bumi ini. Syukur alhamdullilah, Allah mengurniakan hari yang baik untuk kita semua.

Pagi tadi sewaktu saya menghantar suami ke pejabat, hujan turun renyai-renyai.  Dan, sejak dua hari lepas Kitimat sudah dibasahi dengan air hujan tanpa henti.  Saya mula mengenali Kitimat sebagai kawasan yang banyak menerima taburan hujan. Kenapa? Sebab kami dikelilingi gunung-ganang yang sangat cantik terutama waktu pagi. Lebih kurang kami ini tinggal di kawasan kaki gunung.

Hari ini saya ingin kongsikan aktiviti yang saya lakukan sebagai seorang surirumahtangga di Kanada.  Sebenarnya, saya sudah bergelar seorang surirumahtangga sepenuh masa sejak 5 tahun yang lalu.  Sebelum ini saya pernah berkecimpung dengan perniagaan multilevel marketing dan pernah bekerja sebagai pensyarah.

Ada pelbagai tanggapan di fikiran pembaca tentang saya.  Tak apa lah... saya tidak boleh baca fikiran orang lain.

Saya seperti surirumahtangga lain, waktu pagi saya menyediakan sarapan dan akan membuat persiapan untuk makan tengahari dan malam.  Sambil-sambil itu saya membersihkan rumah seperti mengemas, melipat kain, membuang sampah, mengelap habuk dan membasuh tandas.  Itu adalah aktiviti sambil-sambil.  Ke mana anak-anak? Tak tolong ke?  Lana selalunya berperanan sebagai tukang basuh kain dan penyedia makanan selepas saya memasak.  Umar pula ditugaskan untuk vakum rumah seluruhnya.  Kadang-kadang Umar menjadi peneman pada saya semasa shopping.

Saya akan pergi ke shopping mall 3 kali seminggu.  Membeli ayam halal, daging lembu dan kambing.  Emmm serta makanan laut.  Memang selalunya saya yang akan pergi sebab kalau suami yang beli selalunya pasti ada barang yang tertinggal...hahaha.. sebab saya yang banyak di dapur. kannn.. Kalau saya pergi groceries memang tak lama dalam 1 jam siap semua apa yang nak di beli.  Jarang sangat saya menyinggah ke tempat lain.  Di sini tiada shopping mall macam Pavilion ke KLCC ke.. memang tiada. Ada tapi setingkat sahaja.  Senang kan?  Saya suka sebab cepat..😀

Sejak tinggal di Kanada, kami sangat jarang makan di luar.  Hampir semua makanan saya masak sendiri dan suami saya juga minat memasak.  Lagipun di sini, tidak banyak restoran dan saya sendiri lebih anak-anak makan di rumah.  Di luar sudah tentunya banyak makanan yang tidak halal.  Anak-anak kata tidak kena dengan tekak.  Kami kan orang Melayu, sudah tentu makan nasi.  Kalau kami travel pun, saya akan cari penginapan yang menyediakan dapur.  Mudah saya memasak untuk keluarga.  Bertambahlah kemahiran dan kecekapan kan...😀

Sekiranya tidak hujan, saya akan pergi ke laman rumah membersihkan kawasan rumah.  Seperti sekarang, musim panas jadi saya suka menanam pokok bunga yang berwarna-warni.  Menggembur tanah dan mengalihkan pokok-pokok bunga serta membuang daun yang sudah layu.  Aktiviti pembakaran tiada dilakukan di sini.  Adalah di larang sama sekali membakar di tempat terbuka.

Kadang-kadang, sekiranya tidak hujan atau tidak angin yang kuat.  Saya akan ajak anak-anak pergi mengayuh basikal.  Dua hari lepas, saya ajak Dan (anak jiran tetangga) join kami sekali berbasikal.  Dapatlah 9 kilometer pusing satu kampung.  Sekiranya, tidak berbasikal saya ajak anak-anak berjalan kaki menikmati udara sekeliling sambil ambil gambar.  Seronok kan.  Sekiranya ada sesiapa melihat gambar saya pergi hiking.  Itu adalah aktiviti hujung minggu bersama suami.

Menjadi rutin saya juga sekarang ini berblog.  Semenjak 3 tahun yang lalu, saya sudah ada blog ini tetapi saya lebih rajin update sejak di Kanada.  Saya ingin jadikan ia sebagai rutin harian... Untuk pengetahuan semua, blog ini saya bina sendiri daripada A to Z..  Saya tidak menggunakan khidmat pakar dalam pembinaan web blog saya. Bukan tidak menggunakan khidmat pakar tetapi saya hanya membeli template daripada blogger kemudian saya godek sendiri lah.  Youtube kan ada.  Kita godek lah sendiri... 😀.  Insyaallah, saya sedang dalam upgrade satu lagi web blog saya tentang DIY saya di sini.  Doakan ye..

Bila ada kelapangan terutama di waktu hujan, saya menjahit.  Di sini saya tidak jahit baju tetapi jahit suka-suka seperti tikar untuk berkelah, topeng muka, penyambung topeng muka...  Dalam fikiran saya sekarang, saya hendak jahit apron.  Hanya suka-suka...

Hobi baru saya sekarang ialah mengambil gambar dan edit... yang ini masih dalam proses belajar.  Dan, saya fikir fotografi adalah aktiviti yang sentiasa akan melalui proses pembelajaran.  Minat ini timbul sejak musim Covid19.  Bila anak-anak lama di dalam rumah.  Ada satu aktiviti yang saya simpan iaitu mengambil dan menghantar anak-anak ke sekolah...

Begitulah ceritanya untuk hari ini...

Tak ada lah busy sangat kan...😀

Orang Kanada kata sentiasa fikirkan untuk menjadi seorang yang gembira pada setiap hari dan mengembirakan orang lain.. 😁

Semasa di Prince Rupert

Telefon Malaysia la sat !



0 ulasan