Barang Lama, Jangan Dilupakan

Hampir 2 tahun menetap di Kanada,  selama itulah saya melihat pelbagai ragam dan sikap orang-orang di sini. Di sini, saya tiada kawan ataupun jiran tetangga dari Malaysia.  Bukan tiada tetapi jauh daripada komuniti kami di sini.  Setakat daerah ini, saya memang kenal sebab kami tidak ramai.

Sebab ada yang bertanya, kalau boleh kirim barang lah ataupun tolong belikan sesuatu dan sampaikan melalui kawan-kawan yang nak balik Malaysia bila-bila.  Jawapannya tiada...Sebenarnya saya ada kenalan dari Malaysia tetapi bukan dekat contohnya saya tinggal di Shah Alam dan kawan saya itu tinggal di Cheras.  Untuk jarak itu memang tiada saya jumpa rakyat Malaysia.  Kalau ada pun, saya kena memandu selama 2 hari, barulah dapat jumpa mereka.  Begitulah, ceritanya nampak begitu jauh kan...

Hari ini, saya ingin kongsikan tentang 'barang lama'. 'Barang Lama' yang saya maksudkan di sini ialah tentang bangunan lama.  Untuk pengetahuan semua, Kanada mempunyai bangunan lama yang sangat banyak.  Kebanyakannya masih diguna pakai dan terjaga rapi.  Sekiranya, bangunan itu tidak didiami, mereka jadikan muzium.  Muzium tentang sejarah penduduk tempatan.  Bagaimana nama satu-satu tempat mendapat nama...

Selain daripada itu, ada juga penduduk tempatan membeli bangunan-bangunan lama itu dan dijadikan sebagai homestay ataupun hotel untuk golongan backpackers.  Amat menarik saya fikir kerana dapat menjimatkan banyak kos.

Ada juga yang saya pernah singgah satu bangunan lama ini yang dijadikan sebagai perpustakaan awam.  Hebat kan?

Saya ada seorang jiran yang baru berpindah dari Uptown Kitimat.  Jiran saya ini membeli rumah di lorong kawasan rumah dan menjual rumahnya di Uptown.  Saya pernah bersembang dengan beliau.  Berapa lama beliau tinggal di situ?  Katanya lebih 45 tahun.  Woww.. terkejut saya mendengarnya.  Rumah itu katanya dia sudah dijual, bermakna sudah ada pembeli.  Betul tak?  Rumahnya masih terjaga dengan baik.  Katanya dia terpaksa berpindah dan mencari rumah yang tiada tangga kerana suaminya kurang sihat.

Begitulah kawan-kawan, banyak yang kita boleh pelajari kan...Sekiranya kita jaga barang-barang daripada mula kita beli pasti barang itu akan kekal cantik.  Betul kan...

Bangunan lebih daripada 100 tahun dijadikan kawasan muzium


Saya sedang membaca tentang sejarah kawasan ini








0 ulasan