Bersekolah di bangunan kayu

Zaman persekolahan saya, kebanyakannya saya merasa bersekolah di bangunan lama.  Kebanyakannya dibuat daripada kayu.

Siapa di sini pernah merasa sekolah macam saya?

Pertama kali saya menjejakkan kaki di Sekolah Kebangsaan Seri Intan di Teluk Intan, Perak, Malaysia.  Pada masa itu, saya belajar di darjah 4 pada usia 10 tahun.  Saya di tempatkan di sekolah itu tetapi di bangunan diperbuat daripada kayu.  Masa itu, saya fikir bangunan lama mesti banyak hantu.  Yang tak best sekali, bila menjelang tengahari punyalah panas.  Kipas pula punyalah kecil dan berada di hujung siling.  Panas weii... berpeluh-peluh.  Saya melihat cikgu yang mengajar di hadapan juga berpeluh-peluh.  Sebab itu kot cikgu garang sebab kepanasan.

Kawan-kawan saya kata, bangunan itu di bina pada zaman penjajahan Jepun.  Katanya mesti banyak hantu Jepun malam-malam. Kesian betul dengan Jepun. 😅.  Asyik jadi hantu sahaja.  Tapi, sebenarnya sepanjang saya bersekolah di situ tak pernah la jumpa hantu Jepun yang dimaksudkan oleh kawan-kawan.  Saya pun tidak mahu jumpa pun.  Penakut sebenarnya hahahha.

Semasa saya bersekolah di sekolah menengah pula, saya juga pernah belajar di sekolah bangunan yang diperbuat daripada kayu.  Semasa di tingkatan 4 dan tingkatan 5, ada waktu pelajaran saya bertukar kelas dengan kawan-kawan yang berada di bangunan batu.  Sejuk la sikit.

Nama sekolah itu ialah Sekolah Menengah (P) Sultan Abu Bakar, Muar, Johor, Malaysia.  Yang ini pula dikatakan bangunan ini di bina pada zaman penjajahan Inggeris.  Pun, saya mendengar cerita hantu yang lebih kurang sama daripada kawan-kawan.  Kata mereka, hantu Inggeris itu akan menjelma di waktu malam di bangunan sekolah itu.  Saya tidak menafikan sebab sekolah itu bangunan lama.  Ada banyak bahagian seperti tidak terpelihara dan nampak buruk dan reput sangat.  Tentulah mengundang pelbagai bunyi kan.  Tetapi, saya juga tidak pernah jumpa dan sememangnya saya tidak mahu jumpa dengan benda-benda begini...😂 .  Alhamdullilah, saya tamat persekolahan dengan jaya nya di sekolah berkenaan tanpa berjumpa benda-benda pelik itu walaupun kawan-kawan kata mereka pernah berjumpa. 😖

Pengalaman bersekolah di bangunan kayu sebenarnya banyak mengajar saya tentang kesabaran sebab sepanjang tahun baju sekolah pasti kebasahan dengan peluh sebab saya duduk di bahagian belakang.  Al-konon tinggi, jadi kena duduk belakang.  Bila duduk bahagian belakang sudah tentulah jauh daripada angin kipas.  Dan masing-masing akan cuba mengelak daripad kawan-kawan sebab menjelang tengahari masing-masing sudah mengeluarkan bau yang menusuk hidung. hahahah

Sudah lah kadang-kadang nak jawab peperiksaan pun pening di tambah pula dengan baju kebasahan.  hihihi...bila mengenangkan semua itu saya rasa hebat juga kan orang dulu-dulu.  Sudah lah pergi sekolah naik basikal, masuk kelas pula kepanasan.  Sabar sahaja lah.  Tetapi, itu semua kenangan yang tidak boleh di jual beli.

Walaupun, kami belajar dalam bangunan lama...ramai sudah berjaya dengan kerjaya dan kehidupan masing-masing.  Media sosial banyak memberi ilham kepada saya untuk bertemu semula rakan-rakan yang mana kami pernah bersekolah dalam kepanasan.

Bila melihat bangunan lama seperti di bawah. teringat bangunan sekolah yang lebih kurang serupa semasa berada di Sekolah Kebangsaan Seri Intan.  Mungkin arkitek dia serupa kot..😅

Bangunan Keretapi yang berusia lebih 100 tahun telah di jadikan sebagai 'Visitor Centre'

McBride Visitor Centre


0 ulasan