Bila Hari Jumaat

Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari, betul kan?  Itu menurut yang beragama Islam, kalau agama lain saya tidak tahu.  Walaubagaimanapun, tiada hari ataupun tarikh yang tidak baik ataupun yang membawa sebarang kecelakaan kepada kita semua.

Yang tidak baik itu bukannya hari tetapi diri kita sendiri yang sentiasa ada kekurangan..

Hari ini saya ingin kongsikan kebaikan Surah Al-Kahf.

Selalunya hari Jumaat, saya cuba mewajibkan diri saya untuk membaca surah Al-Kahf yang bermaksud Gua.  Terdiri daripada 110 ayat dan diturunkan di Makkah.  Ibu saya sentiasa berpesan kepada saya.  Kalau tidak dapat membacanya setiap hari sekalipun cubalah dijadikan sebagai rutin pada hari Jumaat untuk membacanya.  Menurut kata guru saya, surah Al-Kahfi mempunyai banyak kebaikan. Antaranya, kepada yang sering membacanya insyaAllah Allah akan jauhkan dirinya daripada fitnah manusia.  Kepada pembacanya, insyaAllah akan dikurniakan ketenangan.  Juga akan diterangi sinar cahaya antara dua Jumaat.

Ye, betul itu.  Zaman ini zaman fitnah.  Tidak susah pun untuk menyebarkan fitnah ataupun memcipta fitnah.  Fitnah di hujung jari sahaja. Maksudnya, teknologi media sosial pada ketika ini banyak memudahkan cara manusia untuk menyebarkan fitnah.

Kadang-kadang tanpa kita sedari, kita menjadi punca penyebar fitnah.  Nauzubillah...

Kenapa saya kata begitu?  Kadang-kadang kita sendiri tidak tahu pun, rupanya apa yang ingin kita sampaikan itu rupanya adalah fitnah semata-mata.  Dan, kebanyakan kita hanya mengabaikan sahaja.

Jadi, apabila kita sering membaca surah Al-Kahfi ini sekurang-kurangnya hati kita akan terpelihara daripada fitnah.  Lagi baik, kalau kita beri masa dan peluang untuk mebaca maksudnya sekali.


https://theinspirasi.my/surah-al-kahfi-dan-kelebihan-membacanya/

Kepada yang berminat mendapatkan Al-Quran seperti gambar di bawah boleh dapatkan pada link di bawah. 

https://www.karangkrafmall.com/haramain





0 ulasan