Bila Hari Panas, Kita Masuk Kebun

Semalam pada 18 Ogos 2020...

Merupakan hari yang panas dan terik.  Walaupun suhu sekitar 18 - 19 degrees, saya boleh rasakan kepanasan mentari.

Saya mengambil peluang untuk berkebun bersama Lana.  Ada beberapa pokok yang perlu di susun atur semula.  Memandangkan musim luruh tidak lama lagi, maka saya perlu menyiapkan tanaman sekangkang kera ini.  Mengalihkan pokok-pokok yang di dalam pasu ke tanah.  Walaubagaimanapun, bukan semua pokok boleh dialihkan ke tanah.  Ada juga beberapa pokok yang tidak boleh hidup pada musim sejuk di tambah pula kalau salji terkambus sehingga beberapa bulan.  Contohnya seperti pokok begonia, ia hanya boleh bertahan sehingga suhu 7 degrees.  Caranya ialah saya akan jadikannya sebagai pokok indoor semasa winter.  Walaupun begitu, saya kena letakkan ditepi tingkap supaya ia kekal dengan cahaya matahari.

Kebetulan, semasa saya sedang menggembur tanah...Carol terlihat saya sedang bekerja di kebun.  Apa lagi kan...bersembang la sekejap.  Carol seorang yang berilmu dalam penanaman pokok.  Banyak ilmu yang saya perolehi daripadanya.  Ye lah.. saya juga faham. Kadang-kadang cara saya menanam seperti orang yang tidak jumpa musim sejuk.  Sedangkan, bila tiba hampir musim luruh.. kita tidak boleh menanam lagi...😁 Seronok sangat bila tengok pokok bunga mengembang, saya fikir pokok bunga itu akan kekal berbunga sampai bila-bila...

Menurut Carol, tidak semua di Kanada mengalami musim hujan semasa summer seperti di Kitimat.  Kitimat merupakan daerah yang dikelilingi gunung-ganang dan hujan yang hadir merupakan air hujan daripada gunung-ganang disekelilingnya.  Sekiranya pergi di bahagian selatan British Columbia, ia lebih panas. Kepanasan di sana boleh mencecah sehingga 41 degrees.  Uiks, panas betul kan?  Saya di sini pun kalau 28 degress dah mula rasa macam cacing kepanasan...hihihi...

Jadi, kesimpulannya...menanam di Kanada tidak sama macam di Malaysia.  Mungkin hampir sama tetapi banyak yang tidak serupa.


Memang terik tau, wajib pakai spek!


buat lubang pada tanah.  Kemudian, saya letakkan kertas hitam di sekelilingnya.  Fungsi kertas ini untuk mengelakkan rumput tumbuh dengan cepat..

dah siap alihkan pokok begonia jenis pink

sebelum itu, saya alihkan pokok ini ke laman belakang....



pokok hyrangea yang sudah dialihkan, Jangan lupa siram air selepas proses selesai.





0 ulasan