Kisah Hari Merdeka

Hampir saya terlupa, bulan Ogos merupakan bulan kemerdekaan buat Malaysia Tanahairku.

Bila melihat semalam di Facebook, kawan-kawan menggantung bendera di kawasan rumah barulah saya teringat.  Bukan tidak tahu tetapi terlupa.  Saya tidak menafikan sejak tinggal di sini.  Banyak tarikh penting dan juga tarikh perayaan di Malaysia.  Saya buat acuh tak acuh.  Maaf kan la saya.

Tarikh raya haji pun, saya tidak sambut.  Sambutan dengan zikir kami sekeluarga di sini sahaja.

Hari ini nak kisahkan...

Di sini ada satu tarikh untuk mereka memperingati "Remembrance Day".  Memperingati pejuang-pejuang dan perajurit yang terkorban semasa mendapatkan kemerdekaan Kanada.  Kanada merdeka pada tahun 1867.  Sebenarnya Kanada banyak negara yang menjajahnya.. Kalau sebelah pantai Barat bahagian ini merupakan jajahan British.  Itulah sebabnya ibu negeri British Columbia diambil bersempena nama nenda Queen Elizabeth sekarang ini iaitu Victoria.  Victoria terletak di Vancouver Island.  Sebuah pulau sebesar semenanjung Malaysia di sebelah Vancouver.

Di bahagian pantai Timur pula, ia merupakan bekas jajahan Perancis.  Jadi, jangan pelik kalau sesiapa yang pergi Montreal ke atau ke Toronto ke... ramai yang boleh berbahasa Perancis.  Di sebelah sana, bahasa pertama mereka adalah France.

Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, Kanada ada 2 bahasa wajib iaitu Bahasa Inggeris dan Perancis.  Di sini, kalau dengar orang bercakap bahasa Perancis... itu biasa tau.  Saya sahaja yang cakap Melayu. 😂

Tapi kan, korang jangan tak tahu komuniti paling ramai di sini ialah Cina.  Bangsa Cina telah datang merantau ke sini sejak 150 tahun dulu.  Merantau bekerja di negara orang.  Jadi, jangan pelik kalau terjumpa bangsa Cina merata-rata terutama di daerah Vancouver.  Saya pernah pergi ke Richmond, Vancouver tahun lepas.  Agak terkejut sebab saya merasakan seperti berada di negara China.  Dan, tidak menjadi satu kesalahan sekiranya mereka ingin berkomunikasi dengan bahasa ibunda mereka.  Tidak ada sesiapa yang marah...ok!  Itulah Canada

Nanti, lain kali saya akan kongsikan tentang penduduk asal Kanada pula ye...

Jom, ini antara gambar yang saya ambil semasa sambutan Canada Day di Kitimat..

Semua gambar yang korang lihat ini adalah pada tahun 2019 (sebelum Covid 19)












0 ulasan