Kenapa Manusia Gemar Membuat Perbandingan Diri ?

Pada tengahari tadi, selepas makan tengahari saya sempat menjengah youtube channel Tuan Irfan Khairi.  Beliau juga merupakan guru saya dalam bidang media sosial dan pernah menuntut dengannya di Akademi Irfan Khairi.

Tajuk yang sangat simple tapi sering kita ucapkan tanpa kita sedari.

Sebenarnya beliau ingin mengucapkan "selamat hari raya aidiladha" tetapi ada juga tajuk peringatan daripada beliau.

'Membuat Perbandingan Diri'...

Manusia memang suka buat perbandingan diri.  Tanpa disedari kita sering ingin menjadikan diri kita seperti dia lah, nak ikut cara dialah... Apabila kita sering membandingkan diri kita ataupun membandingkan kehidupan kita dengan orang lain.  Lama-lama kita akan jadi letih.  Letih memikirkan, letih untuk mengejar.  Betul tak?

Pernah tak? Kawan-kawan semua menemui situasi ini.  Dan, saya yakin kadang-kadang tanpa kita sedari kita mengucapkan.

Situasi 1 :-

"You bolehlah sebab you banyak duit.  I ni mana mampu nak jadi macam you?  Kalau I jadi macam tentu I akan lakukan macam-macam ibadah seperti sedekah pada anak-anak yatim, pada orang miskin"..

Bla...Bla .. Bla..

Ini antara ayat yang biasa kita dengar...

Situasi 2 :-

"Ini gaya orang have-have je nih...kami ini orang biasa-biasa sahaja."

Bla Bla....bla..

Kalau baca pun macam geram je kan...

Situasi 3 :-

"Cuba tengok tu, asyik keluar bandar sahaja.  Dapat duit sikit, mulalah nak keluar berjalan sahaja"

Bla ... Bla.. Bla...

Agaknya ini kategori ayat apa nih?  Ayat fitnah ataupun cemburu dengan keadaan orang lain..

Baik... Itu antara situasi-situasi yang saya jumpa dan dengar.  Ada banyak lagi...
Sendiri cari lah ye.  Malas pula saya nak selongkar ayat-ayat lain.  Sebenarnya, saya sudah buang jauh-jauh. Kalau diingat buat kita sakit hati...

Situasi-situasi seperti di atas, pada pandangan saya ia melambangkan keperibadian masing-masing.  Melambanngkan kedewasaan dalam cara berfikir.  Ada manusia, umur sahaja yang meningkat tetapi pemikiran masih lagi di tahap anak-anak remaja.

Kadang-kadang saya ada terfikir, kenapa orang kaya berkawan dengan komuniti mereka sahaja? Kerana hendak menjaga hati mereka masing-masing daripada menerima ayat-ayat seperti di atas.

Setiap orang ada rezekinya sendiri.  Dan, setiap rezeki saya amat yakin ia datang hasil daripada usaha keras.  Janganlah asyik cuba menghakimi pendapatan orang lain...membuat pengiraan pendapatan orang lain.  Untuk pengetahuan, kawan-kawan semua dalam zaman internet sekarang ini.  Memang ramai yang membuat pendapatan yang berlipat ganda.  Diam-diam tahu masyuk.  Contohnya seperti Tuan Irfan Khairi.

Saya amat galakkan kawan-kawan semua membaca ebook beliau terbaru 9dari10 .  Barulah kita akan menghargai diri kita, menyayangi diri kita..

Kadang-kadang kita ni asyik melihat kelebihan orang sahaja, kelebihan sendiri kita tak nampak pun sebab asyik jadi stalker.  Oppps.... sorry ya...

Jom dapatkan Ebook 9dari10 .  Anda boleh lihat di ruang sebelah kanan dan klik di situ...

JUGA BOLEH KLIK DI SINI  👉  9dari10.com








Koleksi Sitikb
Di sana kejayaan menanti.  Saya berada di Bear Glacier.  Tak pernah saya terfikir ada orang berjaya panjat di glacier itu.  Sejukkk weiii...


0 ulasan