Kimbab Atau Sushi

Hari ini... ada menu daripada Kakak Lana...

Sudah hampir 2 minggu Kakak Lana nak buat Kimbab tetapi asyik tertangguh sebab ramuan untuk membuat kimbab itu tiada.  Sudah tentulah kami mencari yang Halal.

Walaupun, tidak semua ada tetapi saya bersyukur hampir ke semua barang ada. 

Kebiasaan sebelum memulakan masakan Kakak Lana akan cari dulu di Youtube.  Bagaiman cara hendak buat dan yang penting sekali ialah teknik-teknik untuk menjadikan satu-satu resepi menjadi.

Saya bersyukur sebab anak-anak saya sudah pandai memanfaatkan media sosial ke arah yang betul.  Yang mendatangkan keuntungan.  Mereka rajin explore.  Walaubagaimanapun, saya tetap menjadi pemerhati dan penasihat dalam setiap perkara yang mereka cari dan buat menggunakan media sosial.

Okehh.. sepagi saya menemankan Kakak Lana membeli ramuan untuk membuat kimbab.. Selalunya saya ikut sahaja apa yang dia ingin buat terutama bab-bab memasak.

So, semasa membuat kimbab saya hanya sebagai pembantu bukan tukang masak utama.😇

Alhamdullilah, selepas hampir 1 jam setengah bertungkus-lumus di dapur, akhirnya terhasillah kimbab versi Kanada.

Kakak Lana kata Kimbab seperti ini dan di panggil kimbab di Korea.  Sushi itu bentuknya lain dan sushi bermula di Jepun mengikut sejarah. Saya pun tidak tahu sangat sebenarnya.  Kena tanya orang Jepun la kan..

Betul juga sebab saya sudah perhatikan rencana tentang kimbab dan sushi ada beza rupanya..

Kawan-kawa semua boleh google 'resepi kimbab' .... banyak sangat tau.  Follow sahaja.  Senang dan sedap....

Taraaa.... ready to eat

Mula-mula letak nasi di atas seaweed

Gulungkan seaweed menggunakan buluh di bawan itu

Sapukan dengan minyak bijan sebelum di potong

Sedia untuk di hidang...kita potong cantik-cantik

0 ulasan