Kisah Umar dan Bola Sepak


Saya ada seorang anak lelaki yang sangat meminati bermain bola sepak.

Cita-citanya sejak berusia 8 tahun ingin menjadi pemain bola sepak.  Pabila, saya dan suami berhajat berhijrah ke Kanada.  Umar paling suka sebab katanya ini peluang untuknya mengembangkan potensinya sebagai pemain bola sepak.

Malangnya, kedatangan kami pada hari pertama menjejakkan kaki di bumi Kanada.  Menampakkan ketidakseronokan di muka Umar.  Di wajahnya sentiasa mempamerkan muka yang bosan sebab tidak dapat menyepak bola di luar rumah.  Kami sampai di sini pada bulan Februari. Walaupun, hatinya suka pada salji tetapi kakinya suka menyepak bola.

Jadi, ruang keluarga dijadikan tempat menyepak bola sepaknya.  Kejap kejap dangggg kejap kejap danggg.  Mesti terkejut kan?

Hari-hari Umar akan melihat ke tingkap..

"Bila salji nak berhenti Mama?", tanya Umar.

"Esok berhenti la tuh...", saya cuba memujuk Umar.

Keesokan harinya...

"Mama kata hari ini salji tak turun.  Ni turun pulak..".

"Petang nanti salji berhenti lah... Umar nak main bola ke? Kalau kita pergi Riverlodge, nak tak? Sepak bola kat sana..."

"Sana mana ada rumput, Mama.  Adik nak main dengan siapa?", jawab Umar.

"Dengan Kakak pun boleh juga...Mama pun pandai sepak bola.."

Umar tergelak mendengar pengakuan saya...

Bila musim panas menjelang...Umar akan bermain dengan Kelab Whitecaps.  Boleh dikatakan kelab itu antara yang kukuh di Kanada.  Alhamdullilah, Umar sendiri pernah terpilih untuk wakil Nothern BC ke Vancouver.

Namun, sejak musim Covid19....nampaknya aktiviti menyepak bola semakin kurang.

Katanya maim bola pun tak berapa best sebab banyak undang-undang yang wajib diikuti.  Saya tidak nafikan itu.  Memang tidak seronok.  Bersembang dengan ibubapa yang lain menyatakan rasa hati yang sama.

Tetapi, saya kata kita tiada pilihan...

Ini adalah masalah global dan ia untuk kebaikan semua orang.  Mungkin, daripada sini anak-anak lebih prihatin dan lebih berdisiplin dalam menangani sesuatu isu akan datang.

Begitulahhh...
Sebenarnya ada banyak cerita Umar dan bola sepak ini.  Lain entri la kita cerita pula.  Letih pula menaip nih...😅




0 ulasan