Melihat Laman Rumah Sendiri

Koleksi Sitikb
My Hydrangea

Pokok bunga hydrangea namanya..

Pertama kali saya melihat pokok ini masa saya search di pinterest.com. Allahuakbar, cantiknya...saya pernah cuba tanam di rumah saya masa itu masih lagi di Malaysia. Akhirnya ia mati, agaknya masa itu dia tahu kot saya sudah mula ada perasaan ingin berhijrah ke Kanada.  Semasa di Malaysia, saya memang cuba tanam pokok macam-macam.  Masalahnya, pokok-pokok bunga yang saya tanam itu semuanya memang hidup subur di negara 4 musim.  Macam-macam cara dan baja saya cuba, tetapi tidak menjadi.  Mungkin saya tidak jumpa ilmu sebenarnya. Walaupun saya yakin, pokok-pokok itu boleh sahaja hidup di negera tropika seperti Malaysia.  Kita hanya perlu jaga daripada segi pencahayaan sahaja.  Betul tak?

Saya memang suka berangan, bila melihat laman orang yang cantik dengan bunga berwarna biru ini. Betul..sangat cantik. Tetapi pemandangan ini hanya boleh di lihat masa musim panas (summer). Musim salji pokok ini hibernasi.

Di sini, saya nak kongsi dengan korang... pokok ini saya tanam pada tahun lepas dalam bulan Jun. Frust juga pada mulanya sebab dia mati akhirnya, bila saya alihkan ke tanah... tapi memang rezeki Tuhan. Masa bulan Mac lepas, saya perhatikan pada batang pokok ini berwarna hijau. Itu petanda yang baik, 😍saya gembur tanah semula... buang rumput di sekelilingnya. Hati saya terus berbunga-bunga dan saya yakin dengan penuh harapan pokok ini akan tumbuh dengan segar.  Selang 2 minggu, saya letak baja bunga. 

Dan, selepas beberapa bulan. Inilah hasilnya...ada 2 kuntum yang sangat besar... satu kuntum sebesar muka saya rasanya...hihihihi. Syukur...Taraaa....

Pokok ini saya tanam di sebelah tangga. Jadi, saya berangan bila naik tangga sambil melihat rimbunan pokok bunga berwarna biru....Apa-apa pun, kawasan pokok hydrangea pink itu saya gantikan dengan tanam sayur kobis. Alhamdullilah, sedang tunggu hasilnya lagi sebulan..😇

Koleksi Sitikb
Asalnya kawasan ini, saya tanam pokok hydrangea warna pink


Sebenarnya, saya ada beli anak pokok ini berwarna pink tetapi yang pink itu terus mati...Saya tanam yang warna pink di sebelah tangga kanan.  Berangan, sebelah menyebelah ada warna pink dan biru. Cantik kan?  Tak apa lah tiada rezeki....

Koleksi Sitikb
Pokok Dahliaku pun menjadi....


Semoga ia tumbuh subur.....

0 ulasan