Apabila Keinginan Menambah Ahli Baru Datang....

Saya merupakan seorang isteri dan ibu kepada dua orang anak yang sedang meningkat remaja.  Seorang perempuan dan seorang lelaki.

Masa saya di Malaysia, bila pergi berjalan dan berjumpa rakan-rakan.  Ada yang bertanya bila nak tambah lagi?  Saya memang sudah tahu... itu mesti soalan anak..

Alhamdullilah, saya tidak terasa hati pun dengan soalan-soalan daripada sekeliling.  Sebenarnya, saya pernah keguguran dua kali selepas Umar.  Bukan tidak mencuba tetapi saya fikir tiada rezeki untuk ada anak.  Yang penting, saya dikurniakan kesihatan dan keluarga yang sihat.  Itu lebih baik.  Syukur syukur..

Namun, sejak sebulan ini... anak lelaki saya bersungguh memujuk saya untuk menambah ahli baru baru dalam keluarga kami.  Umar teringin nak bela kucing...

😁😁

Pada mulanya, suami saya tidak berapa berkenan sebab katanya kalau nak bela kucing ni kita wajib beri komitmen yang tinggi pada binatang yang kita nak bela...

Jadi, banyak tempat yang kami pergi ... survey merata tempat.  Kanada merupakan negara yang mengamalkan peraturan yang baik kepada binatang-binatang pemeliharaan.  Jarang sangat, saya terjumpa binatang terbiar seperti kucing ataupun anjing.  Setakat ini tidak jumpa lagi yang terbiar merata-rata.  Mungkin ada tetapi tidak banyak merata-rata seperti di Malaysia.

Antara tempat yang kami pergi ialah 'Animal Shelter' dan 'Cattery'... Bukan satu tapi lebih...

Banyak borang yang perlu di isi di mana saya perlu mengesahkan tentang tempat tinggal kami, penyakit yang dihidapai oleh ahli keluarga dan pendapatan isi rumah.  Berkeping-keping kertas kena jawab.  Saya perlu menjawab soalan-soalan tentang sejarah kami dengan biantang peliharaan sebelum ini.  Untuk bahagian ini sahaja lebih daripada 20 soalan.  Memang pengalaman yang cukup berharga sebenarnya.  Saya melihat dari sudut positif, di mana mereka tidak mahu kami membela separuh jalan dan tidak mahu binatang itu nanti terbiar di jalanan.

Tidak semudah seperti di Malaysia.

Saya juga kena ada doktor haiwan sendiri yang perlu kita isytiharkan yang kita akan membela bintang dalam rumah.  Mula-mula give up juga sebab banyak sangat keperluan yang perlu disediakan.

Semasa berjumpa di bahagian 'Animal Shelter' saya memberikan jenis kucing yang kami minat.  Pada mulanya, saya ingin beli sahaja kucing yang ada di 'Animal Shelter' tersebut tetapi penjaga di situ tidak membenarkan kerana mereka mengatakan saya tiada pengalaman membela binatang di Kanada.  Ok lah, betul juga kan... kat Malaysia memang ada tapi kami main bela sahaja... tak perlu prosidur bagai...hihihi...

Saya juga perlu menyatakan rujukan kami, jadi saya telah berikan nama kenalan saya di sini iaitu jiran kami dan juga doktor haiwan yang telah kami daftarkan.

Antara perkara yang kami wajib sediakan ialah tempat pembuangan air besar kucing, 'cat tree', makanan kucing dan juga tempat tidur mereka.  Satu lagi yang penting ialah beg untuk membawa mereka travel.  Banyak kan...

Selepas sebulan menunggu kedatangan ahli baru ini, barulah kami dapat pengesahan... InsyaAllah... dia sudah ada.   Pagi tadi baru sahaja ber 'Face Time' dengannya...

Mama call niiii....  she's so cute 😍

Kami semua sedang menunggu pengesahan daripada doktor haiwan untuk mendapakan ID (macam kad pengenalan), sijil vaksin, pengesahan tentang rawatan kutu dan bila dah dapat semua itu barulah ia di benarkan untuk berjumpa dengan keluarga barunya di sini...😁

Nantikan kemunculan dia ya....hihih... tak sabar pula ...

We're so exciting..




Kami pergi hiking dengan Carol dan Mickey.  Sejak hari itu, rasa nak cari pet juga.

Carol tunjukkan batang pokok yang sudah berusia beratus tahun

0 ulasan