Temujanji Bersama Dentist

Siapa yang suka berjumpa dengan dentist ataupun doktor gigi?

Saya masih ingat lagi, masa kecil dahulu pada masa itu zaman sekolah rendah.  Menjadi rutin dentist akan datang setahun sekali membuat lawatan pergigian untuk murid-murid sekolah secara percuma.

Dan, saya melihat kawan-kawan ramai yang menangis selepas berjumpa dentist sebab katanya sakit.  Bila sampai nama saya dipanggil untuk berjumpa dengan doktor.  Saya dapat rasakan pengalaman pertama kali gigi saya dibersihkan dan dentist beritahu saya cara yang betul gosok gigi.  Oh.. baru saya tahu selama ini, saya kurang betul cara gosok gigi.  Memang lah ada rasa sakit sikit tapi boleh tahan dan tidaklah sakit sangat.  Mungkin juga sebab cara saya berfikir...

Arwah Abah selalu kata "kita tak cukup duit nak jumpa doktor gigi.  Kita perlukan duit yang banyak untuk jumpa doktor gigi".  Sejak hari itu, bila ada dentist datang ke sekolah, saya suka sebab boleh check gigi secara percuma.

Saya biasa melihat, Mak dan Abah saya sakit gigi.  Mak saya kata, kalau sakit gigi ini memang tak boleh buat kerja lain. Betul la... tu saya sendiri pernah ada pengalaman dua bulan lepas.  Memang sakit wooo..

Maka, pada hari ini... saya bawa Umar pergi jumpa dentist.  Bukan lah kali pertama jumpa dentist sebenarnya di sini tetapi sudah beberapa kali.

Di sini, suami saya beli insuran pergigian.  Bayaran di kira sebulan ke sebulan.  Insuran itu di beli mengikut keperluan tetapi tidak termasuk untuk kecantikan pergigian.  Saya bersyukur sangat kerana kami sekeluarga ada insuran pergigian.

Pabila, kita ada insuran pergigian.  Dentist akan membuat pemantauan setiap masalah pergigian kita berdasarkan kos tahunan pada insuran yang kita beli selama setahun.  Itu yang berlaku pada kami sekeluarga.

Memang setiap dua minggu, saya akan sibuk dengan jadual anak-anak ke dentist dan juga jadual saya sendiri.

Kebaikan sekiranya kita menjaga gigi adalah kita akan merasa nikmat yang sempurna dalam pemakanan.  Makanan yang kita makan lebih sedap rasanya kerana mulut kita tidak berbau...

Anda tahu tak? Kadang-kadang masalah perut juga berpunca daripada mulut.  Dan, mulut yang berbau adalah berpunca daripada gigi yang tidak ada penjagaan sempurna.

Jadi, nasihat saya jagalah gigi anda.  Ini adalah tip penjagaan kesihatan luaran dan dalaman, bahagian gigi sering kita buat hampir terlupa. Saya tidak bermaksud kawan-kawan semua kena beli insuran.  Saya kena beli insuran sebab di sini tiada klinik pergigian kerajaan.  Kos pergigian di tanggung oleh individu sendiri.

Sesungguhnya, rakyat Malaysia beruntung kerana Malaysia mempunyai klinik pergigian kerajaan.  Kerajaan Malaysia banyak menanggung kos kesihatan untuk rakyat yang di kasihi.

Inilah klinik gigi di sini.  Comel sahaja kan tetapi sangat lengkap dan canggih lagi segala kelengkapan.

0 ulasan