Undang-undang Mask Berkuatkuasa

Kalau sebelum ini saya hanya mendengar berita dan melihat daripada kaca tv tentang pelbagai undang-undang pemakaian topeng muka di daerah dan negara masing-masing.

Semalam, saya dapat berita Pasaraya No Frills Kitimat berkuatkuasa 22 Ogos 2020 tentang pemakaian wajib topeng muka bila masuk ke pasaraya tersebut. Sudah hampir setahun, kami di daerah ini tenang tanpa sebarang cerita Covid19.  Memang saya rasa selamat... tapi nampaknya sejak hari semalam, saya mula rasa sedikit panik.

Jujur saya katakan, saya memang rasa tenang bila Kitimat jauh daripada bandar dan juga hiruk pikuk bandar.  Kawasan yang sangat sunyi, penduduk yang tidak ramai, tiada laluan jalan raya yang sesak, masalah jenayah yang sangat rendah membuatkan saya rasa selamat ingin besarkan anak-anak di sini.   Sungguh, saya memang tidak mengunci kereta bila park di mana-mana di sini. sebab tiada kecurian dan rompakan di sini  Nak beritahu sangat selamat di sini.  Masyarakat di sini yang sangat jujur dan menghormati privasi orang lain.  Saya berdoa semoga keharmonian ini kekal sampai bila-bila.

Ye betul, saya sekeluarga seolah-olah tinggal dalam 'Provincial Park' ataupun Taman Negara.  Antara manusia dan haiwan hidup dengan aman damai.

Jadi, apabila berita tentang pemakaian topeng sudah wajib.  Saya tahu ada kes Covid19 di sini dan mungkin sudah ada peningkatan untuk seluruh bahagian British Columbia.

Saya berdoa semoga makhluk Tuhan yang diberi nama Covid19 ini pergi jauh daripada muka bumi ini.  Dan, tidak mengganggu lagi makhluk Tuhan di muka Bumi. 

Kasihanilah kami ya Allah...Ampunkan kami Ya  Allah... Kami tahu kami banyak berdosa kepadaMu...

Ya Allah...

Catatan Pagi di meja penulis di Bumi Kanada
9.45 am

Sangat nyaman,  bila lepas hujan

0 ulasan